Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan: Bahasa Melayu telah diterapkan dalam sistem pendidikan sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi,dan telah dimartabatkan lagi ketika di ambang kemerdekaan.Hal demikian dapat dilihat dalam laporan dan akta-akta yang wujud dalam zaman pramerdeka dan pascamerdekan di mana Bahasa Melayu menjadi topik penting dalam sistem persekolahan.Sebagai contoh, di dalam Laporan Barnes dan Penyata Razak (1956) yang menyatakan bahawa Bahasa Melayu perlu menjadi bahasa pengantar di sekolah. Selain itu,Bahasa Melayu juga telah menjadi satu mata pelajaran yang wajib dipelajari di sekolah dan perkara tersebut adalah sama untuk semua masyarakat yang berbilang kaum.Tamsilnya,Bahasa Melayu merupakan salah satu merupakan mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM di Malaysia.