Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan
Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan:
Bahasa Melayu telah diterapkan dalam sistem pendidikan sejak
zaman sebelum kemerdekaan lagi,dan telah dimartabatkan lagi ketika di ambang
kemerdekaan.Hal demikian dapat dilihat dalam laporan dan akta-akta yang wujud
dalam zaman pramerdeka dan pascamerdekan di mana Bahasa Melayu menjadi topik
penting dalam sistem persekolahan.Sebagai contoh, di dalam Laporan Barnes dan
Penyata Razak (1956) yang menyatakan bahawa Bahasa Melayu perlu menjadi bahasa
pengantar di sekolah.
Selain itu,Bahasa Melayu juga telah menjadi satu mata
pelajaran yang wajib dipelajari di sekolah dan perkara tersebut adalah sama
untuk semua masyarakat yang berbilang kaum.Tamsilnya,Bahasa Melayu merupakan
salah satu merupakan mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM di Malaysia.
Comments
Post a Comment