Posts

Showing posts from October, 2023

Sejarah Perkembangan Tulisan dalam Bahasa Melayu

Tulisan dalam bahasa Melayu mengalami revolusi sejak dari zaman dahulu akibat daripada pelbagai faktor seperti pengaruh bahasa asing dan penjajahan. Bahasa melayu ini mempunyai sistem tulisan yang berbeza dari zaman bahasa Melayu Kuno sehinggalah zaman bahasa Melayu Moden. Terdapat pelbagai sistem tulisan dalam bahasa Melayu seperti nota di bawah: Sistem Tulisan Pallawa Nota Sistem Tulisan Pallawa Sistem Tulisan Kawi Nota Sistem Tulisan Kawi Sistem Tulisan Jawi Nota Sistem Tulisan Jawi Sistem Ejaan Za'ba Nota Sistem Ejaan Za'ba Sistem Ejaan Rumi Kongres Nota Sistem Ejaan Rumi Kongres Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu Nota Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu

Peranan Pejabat Karang Mengarang

Pejabat Karang mengarang ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang boleh dirujuk pada nota di bawah: Nota Peranan Pejabat Karang Mengarang

Peranan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa mempunyai peranan-peranan tertentu. Perkara ini boleh dirujuk pada nota di bawah: Nota Peranan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa

Peranan ASAS 50

ASAS 50 atau Angkatan Sasterawan 50 ditubuhkan bagi melaksanakan tugasan-tugasan tertentu. Perkara ini boleh dirujuk pada nota di bawah: Nota Peranan ASAS 50

Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan: Bahasa Melayu telah diterapkan dalam sistem pendidikan sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi,dan telah dimartabatkan lagi ketika di ambang kemerdekaan.Hal demikian dapat dilihat dalam laporan dan akta-akta yang wujud dalam zaman pramerdeka dan pascamerdekan di mana Bahasa Melayu menjadi topik penting dalam sistem persekolahan.Sebagai contoh, di dalam Laporan Barnes dan Penyata Razak (1956) yang menyatakan bahawa Bahasa Melayu perlu menjadi bahasa pengantar di sekolah. Selain itu,Bahasa Melayu juga telah menjadi satu mata pelajaran yang wajib dipelajari di sekolah dan perkara tersebut adalah sama untuk semua masyarakat yang berbilang kaum.Tamsilnya,Bahasa Melayu merupakan salah satu merupakan mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM di Malaysia.

Laporan Barnes & Laporan Fen-Wu

Laporan Barnes: Laporan Barnes merupakan laporan yang dibaiki daripada Laporan Cheeseman dan telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa yang diketuai oleh L.J Barnes sendiri. Jawatankuasa ini dikenali sebagai Penyata Barnes yang dilantik oleh Kerajaan British dengan tujuan mengkaji sistem pendidikan yang sesuai diaplikasikan di Tanah Melayu serta bagi memperbaiki pendidikan orang Melayu. Di dalam laporan Barnes, cadangan penghapusan sekolah venakular   dan penubuhan sekolah dwibahasa dikemukakan. Tambahan lagi,penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar turut menjadi topik utama dalam laporan ini. Namun,Laporan Barnes mendapat tentangan daripada masyarakat kaum Cina dan India kerana rundingan dilakukan tanpa masyarakat tersebut. Oleh hal yang demikian,cadangan-cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan dan tercetusnya idea Laporan Fen-Wu. Laporan Fen-Wu: Cadangan yang dikemukakan di dalam Laporan Barnes telah meyebabkan penentangan daripada masyarakat Cina ker...

Ordinan Pelajaran & Penyata Razak

Ordinan Pelajaran 1951 Ahli Jawatankuasa Pendidikan Pelajaran mencipta Ordinan Pelajaran ini, yang diserahkan kepada Majlis Perundangan Persekutuan dan diluluskan pada tahun 1951. Di samping itu, cadangan untuk penubuhan Jawatankuasa Khas bertujuan untuk memperbaiki Ordinan Pelajaran. Jawatankuasa Khas mencadangkan beberapa perkara, seperti mengurangkan bilangan pelajar yang pergi ke sekolah Inggeris, meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dan Melayu secara beransur-ansur, menggunakan tiga bahasa di sekolah venakular Cina dan Tamil, dan menubuhkan sekolah vokasional. Terdapat banyak isu yang dihadapi oleh etnik lain semasa zaman kolonial British. Ini termasuk penjajahan yang berterusan, eksploitasi ekonomi, peluang tenaga buruh hanya pada peringkat rendah, sekolah venakular dengan banyak masalah kurikulum, masalah dengan bahasa pengantar dan lokasi yang terpinggir, dan percubaan British untuk mengawal nasionalisme. Penyata Razak 1956 Penyata Razak 1956 ialah laporan yang dibuat ol...

Dewan Bahasa dan Pustaka

Image
Pengenalan: Kerajaan Malaysia menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 22 Jun 1956 untuk mempromosikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 menaikkan taraf DBP kepada sebuah badan berkanun pada tahun itu. Dengan peningkatan ini, DBP kini mempunyai kuasa untuk menggubal dasar khususnya sendiri. Ia juga boleh menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, serta menjalankan aktiviti penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif mengikut prinsip dan amalan profesional dan perniagaan penerbitan.Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan yang sangat besar sehingga kerajaan mengiktirafnya sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen 1959 untuk memajukan lagi bahasa sastera. Begitu juga dengan cara rancangan disusun untuk memupuk penggunaan bahasa sastera yang berkesan. Walaupun DBP menggalakkan orang ramai menggunakan bahasa kebangsaan, bahasa campuran seperti bahasa rojak telah merebak dalam masyarakat hari ini. Oleh i...

Cabaran Dan Masa Depan Bahasa Melayu

Berikut merupakan nota berkaitan cabaran dan masa depan Bahasa Melayu: Aspek Kandungan Pendidikan ·        Tidak kesemua guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan khusus dalam bidang tersebut. Kesannya,penyampaian yang tidak tepat dan kurang berkesan. ·        Pengiktirafan Institut Pendidikan Swasta (IPS) dalam sistem pendidikan menyebabkan IPS mempunyai kebebasan untuk menentukan bahasa pengantar mereka. ·        Penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains menyebabkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengungkap ilmu terjejas.   Ekonomi ·        Kebanyakkan   pekerjaan sektor tertier iaitu sektor professional amat menitikberatkan penguasaan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu menyebabkan masyarakat tiada pilihan lain berbanding le...

Rujukan

Senarai rujukan: Abdullah, Z., & Abdul Aziz, A. Y. (2020). Penilaian Semula Ciri Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Perbandingan Inskripsi. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 2(2), 18-33. https://doi.org/10.53840/ejbl.v2i2.47 Cindy. (2021, Disember 11). Pedoman ejaan rumi bahasa Melayu. PubHTMLl5. https://pubhtml5.com/rhyq/qmvm/basic/ Mada. (2013, Oktober 1). Ejaan rumi Za’ba. Blogspot. https://bujangetg.blogspot.com/2013/10/ejaan-rumi-zaba.html Noriati A. Rashid,Lee Keok Chong,Zulkufli Mahayuddin & Zakiah Nordin. (2012). Falsafah & Pendidikan di Malaysia . Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd.  Shamsul Aizuwani,Nawi,Suhasni Dollah & Zurihan Yusoff. (2022). Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu . Global Mediastreet Sdn Bhd (Co. No. 762284-U). Syazninaziha. (2022, September 14). Sistem tulisan pallawa. epembelajaran. https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/e-portfolio-syazninaziha/sejarah-perkembangan-tulisan/sistem-tulisan-pallawa