Cabaran Dan Masa Depan Bahasa Melayu

Berikut merupakan nota berkaitan cabaran dan masa depan Bahasa Melayu:


Aspek

Kandungan

Pendidikan

·       Tidak kesemua guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan khusus dalam bidang tersebut. Kesannya,penyampaian yang tidak tepat dan kurang berkesan.

·       Pengiktirafan Institut Pendidikan Swasta (IPS) dalam sistem pendidikan menyebabkan IPS mempunyai kebebasan untuk menentukan bahasa pengantar mereka.

·       Penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains menyebabkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengungkap ilmu terjejas.

 

Ekonomi

·       Kebanyakkan  pekerjaan sektor tertier iaitu sektor professional amat menitikberatkan penguasaan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu menyebabkan masyarakat tiada pilihan lain berbanding lebih mengutamakan penguasaan terhadap Bahasa Inggeris.

·       Bahasa Inggeris mendominasi perniagaan seperti perhotelan,pusat jualan kenderaan dan urus niaga import eksport.

·       Kebanyakkan Syarikat swasta menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa pentadbiran.

 

Pentadbiran Kerajaan

·       Perlembembagaan telah membuat peruntukkan yang menyama tarafkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.

·       Kesannya,Bahasa Melayu sukar bersaing.

·       Contohnya,dalam situasi di makhamah penggunaan bahasa Inggeris adalah lebih meluas berbanding Bahasa Melayu

Kerancuan Bahasa di Media Sosial

·       Kebiasannya penggunaan bahasa (Rojak) iaitu pencampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa asing.

·       Sebagai contoh:

“I,nak pergi dinner dkt kedai café tu”

·       Menyebabkan kebiasaan penggunaan bahasa Melayu yang salah

Pencampuran Kod

·       Pencmpuran kod berlaku apabila individu mempunyai penguasaan atau menuturkan lebih dari dua bahasa.

·       Kesannya,wujudnya bahasa yang lebih dikenali sebagai dialek .

·       Turut menyebabkan bahasa rojak.

Slanga

·       Slanga ialah bahasa yang tidak formal.

·       Kebiasannya digunakan dalam perbualan harian yang tidak formal.

·       Individu yang menggunakan slanga akan lebih sukar untuk berkmounikasi dalam keadaan formal seperti dalam sesi temuduga.

·       Slanga juga menyebabkan timbulnya kekeliruan terhadap bahasa Melayu yang formal dan tidak formal kerana slanga telah menjadi kebiasaan.


Comments

Popular posts from this blog