Laporan Barnes & Laporan Fen-Wu
Laporan Barnes merupakan laporan yang dibaiki daripada Laporan
Cheeseman dan telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa yang diketuai oleh L.J
Barnes sendiri. Jawatankuasa ini dikenali sebagai Penyata Barnes yang
dilantik oleh Kerajaan British dengan tujuan mengkaji sistem pendidikan yang
sesuai diaplikasikan di Tanah Melayu serta bagi memperbaiki pendidikan orang
Melayu.
Di dalam laporan Barnes, cadangan penghapusan sekolah
venakular dan penubuhan sekolah
dwibahasa dikemukakan. Tambahan lagi,penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar turut menjadi topik utama dalam laporan
ini. Namun,Laporan Barnes mendapat tentangan daripada masyarakat kaum Cina dan
India kerana rundingan dilakukan tanpa masyarakat tersebut. Oleh hal yang
demikian,cadangan-cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan dan tercetusnya
idea Laporan Fen-Wu.
Laporan Fen-Wu:
Cadangan yang dikemukakan di dalam Laporan Barnes telah
meyebabkan penentangan daripada masyarakat Cina kerana menganggap sistem
pendidikan tersebut mempunyai sifat pemikiran kaum yang cetek dan tidak
menekankan toleransi kaum. Selain itu,masyarakat Cina turut berpendapat bahawa
Laporan Barnes bertujuan untuk menghapuskan bahasa dan budaya Cina.
Justeru,jawatankuasa yang dikenali sebagai Penyata Fe-Wu
ditubuhkan dan keluarnya cadangan di dalam Laporan Fen-Wu. Laporan Fen-Wu adalah
bertujuan untuk mengkaji potensi sistem sekolah Cina di Tanah Melayu. Selain
itu,laporan tersebut juga mengemukakan cadangan untuk mengekalkan sistem persekolahan majmuk dan
ban bahasa Cina turut diiktiraf dalam sistem pendidikan di samping sekolah
vokasional dikembangkan lagi bagi menampung tenaga mahir untuk menampung
pembangunan negara.
Laporan Fenn-Wu mengandungi keputusan kajian Dr. Fenn dan Dr. Wu serta mereka tinggal di Tanah Melayu selama dua bulan. Laporan Fenn-Wu memberikan hujah yang lebih mendalam tentang usaha pihak yang ingin mewujudkan persekitaran ini dalam subtopik yang dipanggil "Malayanisasi." Sebuah tinjauan mendapati bahawa, walaupun tidak ada tradisi Malaya yang kononnya wujud, terdapat empat tradisi yang berbeza di Tanah Melayu, dan setiap satu daripada mereka mempunyai kebudayaan, bahasa, dan kepercayaan yang berbeza.
Berikut Merupakan Ringkasan bagi kedua Laporan Tersebut:
Comments
Post a Comment