Ordinan Pelajaran & Penyata Razak

Ordinan Pelajaran 1951

Ahli Jawatankuasa Pendidikan Pelajaran mencipta Ordinan Pelajaran ini, yang diserahkan kepada Majlis Perundangan Persekutuan dan diluluskan pada tahun 1951. Di samping itu, cadangan untuk penubuhan Jawatankuasa Khas bertujuan untuk memperbaiki Ordinan Pelajaran. Jawatankuasa Khas mencadangkan beberapa perkara, seperti mengurangkan bilangan pelajar yang pergi ke sekolah Inggeris, meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dan Melayu secara beransur-ansur, menggunakan tiga bahasa di sekolah venakular Cina dan Tamil, dan menubuhkan sekolah vokasional. Terdapat banyak isu yang dihadapi oleh etnik lain semasa zaman kolonial British. Ini termasuk penjajahan yang berterusan, eksploitasi ekonomi, peluang tenaga buruh hanya pada peringkat rendah, sekolah venakular dengan banyak masalah kurikulum, masalah dengan bahasa pengantar dan lokasi yang terpinggir, dan percubaan British untuk mengawal nasionalisme.


Penyata Razak 1956

Penyata Razak 1956 ialah laporan yang dibuat oleh satu jawatankuasa yang bertujuan untuk mengkaji semula sistem pendidikan Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa itu ditubuhkan pada September 1955 oleh YBDato' Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu. Tugasnya adalah untuk mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan yang memenuhi matlamat menyatu padukan penduduk berbilang bangsa, menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, memastikan perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain, dan mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang diperlukan.

Berikut Merupakan Link nota tentang Ordinan Pelajaran 1951 & Penyata Razak:

(Ordinan Pelajaran): Ordinan Pelajaran

(Penyata Razak 1956): Penyata Razak 1956


Comments

Popular posts from this blog